Sunday, August 21, 2011

~MAAFKAN BEELIA~

salam..
20hb ogos 2011..perjalananku ke kuala lumpur ditemani hujan lebat..
tujuan asalku untuk berbuka puasa bersama keluarga cwfm di restoran upin ipin syahalam..tetapi majlis berbuka puasa tempat suamiku bekerja juga serentak..(lagi2 suamiku ni yang uruskan majlis kt seri cempaka cheras
sepanjang perjalanan aku dan suami basah akibat hujan lebat tetapi perjalanan diteruskan sebab aku benar2 ingin berjumpa dengan keluarga cwfm..banyak excident sepanjang hiway menuju ke kuala lumpur..bila sampai tesco puchong ada satu excident kereta dengan kereta..itu pengalaman yang paling x mungkin aku lupakan kerana..bila pelangaran sudah berlaku..antara orang melayu n orang cina..orang cina tu menyondol kereta dihadapan tapi dia pula x puas hati lalu mengambil sebilah gergaji lalu menghayun berkali2 kepada orang melayu tu..alangkah sebak aku rasakan..tiada rasa belas tiada perikemanusiaan langsung..bercucuran darah keluar ditangan orang melayu tu..kesian pakcik tu..langsung tk melawan..memang kurang ajar orang cina tu..perjalananku diteruskan lagi..sampailah rumah sewa suamiku..dia menukar baju lalu pergi kerumah bosnya..tapi bos dia plak hilang tah kemana..pukul 6 lebih baru smpi..lama berjam aku dan suami tunggu..dah r kene naik tangga 11 tingkat..tunggu bersiap je dh pukul 7 lebih sampi majlis dkt kol 8..makan makan2 ingat dpatlah pi jumpa keluarga cwfm tapi hampa..majlis cwfm dh tamat..aku yang masam mencuka depan kawan kawan suamiku..sampai kol 10 kt sne..lepastu pi the mines pi karaokey..aku nangis kt toilet tk dapat pi jumpa keluarga cwfm..hmm smpai kol 1.30 pagi kt karaokey..huh kalau tahu aku x ikut pi kuala lumpur..aku memang terkilan tahap x terkata..maafkan aku cwfm..aku ikut suami..lagipun tkthu cmne nk buat masa tu..

~NASI IMPIT~

bahan bahanya

12 peket ketupat adabi
daun pandan

cara caranya
rebus ketupat segera dengan daun pandan (selama 1jam 30 minit)

sedia untuk dihidangkan...

~BAHULU~

bahan bahannya

1 mangkuk telur (5 biji telur)
1 mangkuk gula
1 mangkuk tepung

cara caranya

masukkan telur,gula pukul hingga betul betul kembang.bila kembang ambil mangkuk kecil masukkan dua senduk telur,3 sudu tepung dan gaul,panaskan acuan yang telah digris minyak,masukkan separuh kedalam setiap acuan dan bakar hingga masak..

~NASI KURMA KASIH~

bahan bahannya

5 kilo beras basmathi
1 peket besar rempah kurma adabi
1 botol air soya adabi
rempah tumis
1 tin minyak sapi(500 gram)
1/2 peket minyak masak
2 helai daun pandan
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
garam
gula

cara caranya

panaskan minyak masak,minyak sapi tumis bawang besar dan bawang putih sertarempah tumis bila garing masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan air hingga betul betul masak,masukkan beras gaul sebati,masukkan air daun pandan,air soya adabi,garam & gula,biar hingga kering,perlahankan api biarkan hingga masak dan boleh dihidangkan..

~LODEH~

bahan bahannya

5 keping tempe
5 keping tauhu
50 gram kacang panjang
2 batang karot
1 biji sengkuang
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
4 biji lada besar,4 labu bawang besar & 3 ulas bawang putih( dimayang halus)

cara caranya

panaskan minyak tumis bahan yang dimayang halus dan lada besar serta sedikit ikan bilis yang ditumbuk hingga wangi,masukkan santan cair,biarkan mendidih,masukkan sayur sayuran tempe, tauhu,santan pekat,perisakan dengan garam & gula.. sedia untuk dihidnagkan...

~JELATAR~

2 biji nenas
3 biji timun
3 lagu bawang besar
2 tangkai lada merah
gula
garam
cuka

cara caranya

campurkan semua bahan yang telah dipotong,perisakan dengan gula garam & cuka sedia untuk dihidangkan...

~GULAI DAGING~

1/2 kilo daging
100 gram rempah kari daging
1 batang terung
sedikit kacang panjang
1 batang karot
2 labu bawang besar,3ulas bawang putih & 1 inci halis(dikisar halus)
minyak
garam
gula

cara caranya

panaskan minyak,tumis bahan dikisar halus,rempah tumis bila agak garing,masukkan
rempah kari daging adabi,masukkan santan biar hingga pecah minyak,masukkan daging biarkan hingga empuk,masukkan terung,masakkan sehingga terung lembut,masukkan kacnag panjang,karot,dan lebihan santan,garam dan gula,sedia untuk dihidangkan...

~SAMBAL KACANG~

1 mangkuk kacang tanah
2 batang serai
50 gram lada kisar
gula
garam
2 sudu asam jawa
bawang besar dan bawang putih(ditumbuk halus)
minyak

cara caranya
panaskan minyak ,tumis bawang hingga garing sedikit,masukkan lada kisar,bancuh kacang tanah kisar & masukkan dalam lada tadi,masukkan serai biarkan sekejap hingga pecah minyak,perisakan dengan garam gula dan asam jawa,boleh dihidangkan...

~RENDANG DAGING~

bahan bahannya-
2kilo daging
1 peket rempah rendang adabi
1/2 peket rempah kari adabi
1 mangkuk lada kisar

dikisar halus

4 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas

5 batang serai dititik
50gram kelapa goreng(dikisar kasar)
100 gram kerisik
1 mangkuk santan pekat
1 cawan air
1 mangkuk santan cair

garam
gula

cara caranya
masukkan daging,rempah rendang,rempah kari,lada kisar,bahan yang dikisar halus,serai yang dititik,masukkan sedikit air dan reneh hingga empuk,masukkan santan cair,kerisik,kelapa goreng biar seketika dan akhir sekali masukkan santan pekat,garam,gula dan biar kering sedikit dan boleh dihidangkan...

~AYAM MADU~

bahan bahannya
3 ekor ayam(dipotong kecik)
1 botol sos cili adabi
1botol sos tomato adabi
3sudu kecil kunyit
garam
minyak
gula
5 batang serai(dititik)

ditumbuk halus
4 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

cara cara nya

goreng ayam yang telah digaul garam & kunyit,angkat ayam.
minyak ayam tadi diluakkan sedikit,tumis bahan yang ditumbuk,bila garing masukkan lada kisar hingga pecah minyak,masukkan sos cili & sos tomato biar sekejap,masukkan gula dan garam..angkat dan hidangkan..